Goodyear Malaysia Akan Anjurkan Battle of the Clubs 2018
Goodyear Malaysia Berhad akan menganjurkan kempen Battle of the Clubs bagi tahun 2018. Kali ini, ia menampilkan pelbagai cabaran baharu yang bukan sahaja akan menguji kemahiran memandu malah kebolehan ahli-ahli kelab kereta untuk menyelesaikan masalah dan kerja secara berpasukan.
Kempen yang akan dilangsungkan selama enam bulan dari Jun hingga Disember 2018 ini akan menyaksikan enam cabaran menarik dengan satu cabaran diadakan setiap bulan. Pemenang keseluruhan akan merangkul anugerah Kelab Kereta Terbaik 2018.
Aktiviti yang akan dijalankan adalah:
- Treasure hunt
- Kejohanan futsal
- Perlumbaan endurance go-kart
- Cabaran Time Attack
- Pertandingan Paintball
- Sesi Blaster Car
Kelab-kelab kereta yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka kepada Malaysian Car Clubz (MCClubz) melalui e-mel kepada merl@mcclubz.com atau hubungi +60 12-919 4774 untuk pertanyaan lanjut.
No Comment