Harga Baharu Maxus G10 dan V80 Tanpa GST
Weststar Maxus, pengedar tunggal kenderaan Maxus di Malaysia turut tidak ketinggalan mengumumkan harga terbaru model G10 dan V80 sempena dengan pelarasan cukai GST pada kadar 0% bermula 1 Jun 2018.
Syarikat itu turut mengumumkan rancangannya untuk membuka bilik pameran baharu di Pulau Pinang dan Kota Bharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pada bulan Februari lalu, Weststar Maxus telah melancarkan bilik pamerannya yang terletak di Bangsar.
No Comment