Honda EX5 Kini Dengan Pilihan Warna Baharu
Boon Siew Honda telah memperkenalkan penampilan baharu bagi model cub lagenda iaitu EX5 yang kini boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Pearl Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue, Candy Scintillated Red serta Space Magenta Metallic.
Imej retro model ini diserlahkan lagi menerusi jalur pada penghadang angin dan kemasan krom pada lambang, pemegang belakangnya dan pelindung ekzos.
Seperti sebelum ini, EX5 menampilkan enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan penyejukan udara. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, enjin tersebut menghasilkan 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm pada 6,000 rpm.
Berikut adalah senarai harga EX5 mengikut warna dan spesifikasi:
EX5 merupakan model Honda paling popular di negara ini dengan jualan melebihi 2 juta unit sejak ia dilancarkan pada tahun 1987. Boon Siew Honda percaya versi terbaru ini akan dapat menarik kumpulan pelanggan baru terutama golongan muda.
No Comment