Ikuti Program Advance Driving Anjuran MazdaSports Academy
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pengedar kenderaan Mazda di Malaysia iaitu Bermaz Motor mempunyai divisyen MazdaSports. Ditubuhkan pada 2016, divisyen tersebut memfokuskan kepada pembangunan kenderaan, alat ganti dan aksesori.
Turut dibangunkan di bawah divisyen tersebut adalah MazdaSports Academy yang bertanggungjawab menganjurkan program-program pengalaman memandu seperti program Advance Driving yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 9 Jun ini.
Menerusi program ini, peserta akan didedahkan dengan cara-cara untuk menjadi satu dengan jentera Mazda, di samping meneroka potensi pemanduan masing-masing. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk mendapatkan posisi pemanduan yang betul serta meningkatkan kemahiran memandu masing-masing menerusi kursus pemanduan dinamik.
Program ini bagaimanapun terhad kepada 20 orang pemilik Mazda2, Mazda3 dan CX-3 sahaja. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman Facebook Mazda Malaysia.
No Comment