Berita Auto

Jaguar E-Type Zero Jadi Pilihan Putera Harry dan Meghan Markle

Putera Harry dan Meghan Markle selamat melangsungkan perkahwinan di Istana Windsor, United Kingdom pada Sabtu lalu (19 Mei 2018). Selesai sahaja majlis, pasangan diraja itu dilihat menaiki sebuah Jaguar E-Type untuk menghadiri majlis resepsi mereka di Frogmore House.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang menarik tentang E-Type tersebut adalah ia telah ditukarkan menjadi kereta elektrik sepenuhnya dengan teknologi yang dipinjam dari model I-Pace. Kereta yang asalnya sebuah E-Type Series 1.5 keluaran tahun 1968 dengan enjin enam silinder itu kini dipacu oleh sebuah motor elektrik berkapasiti 220 kW dan pek bateri lithium ion.

Jaguar e-type zero 03

Dengan bateri di dalam ruang enjin dan motor elektrik dan gear berada betul-betul di belakangnya, E-Type Zero dikatakan mempunyai agihan berat yang sama seperti sebelum ini. Penggunaan pacuan elektrik juga menjadikan kereta itu 45 kg lebih ringan walaupun masih mengekalkan kebanyakan komponen asal.

Jaguar e-type zero 04

Dari segi prestasi, E-Type Zero mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.5 saat dengan jarak pemanduan maksimum sejauh 273 km. Jika kehabisan tenaga, bateri tersebut boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh kurang tujuh jam.

Jaguar e-type zero 01

 

Previous post

Kempen Amal Raya Shell Bantuan Kanak-kanak Kurang Upaya Diteruskan

Next post

Perodua Sumbang Peralatan dan Rai Pesakit Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *