Kegagalan Tali Keledar VW Polo …… Recall Global Tidak Lama Lagi
Berita baru diterima mengenai kerosakkan tali keledar penumpang belakang VW Polo. Semasa ujian, didapati penumpang belakang tidak dapat membukanya ketika berada di tempat duduk dan ini juga termasuk tempat duduk bayi yang menggunakan tali keledar itu. Kereta SEAT juga menghadapai masalah sama.
Majalah automotif Finland Tekniikan Maailma menguji kereta ini dengan ujian tukar lorong sambil membawa lima penumpang, dan mendapati pergerakan penumpang tempat duduk tengah di belakang cukup untuk membuka tali pinggang penumpang sebelah kiri mereka.
Menurut Tekniikan Maailma, ini terjadi pada beberapa kali dalam setiap model yang diuji. Mereka juga menguji dua SEAT Aronas untuk mengesahkan bahawa ianya bukan masalah terpencil kereta yang diuji.
Volkswagen di Eropah kini telah menasihatkan bahawa pemilik kereta terjejas tidak menggunakan kerusi tengah belakang sebelum pengumuman recall dikeluarkan, dan mengatakan bahawa mereka akan menyediakan penyelesaian teknikal tidak lama lagi. Sementara itu, Seat telah mengesahkan bahawa mereka juga telah mempunyai isu yang sama semasa ujian baru Arona dan Ibiza.
No Comment