Kempen ‘Jalan Cerita – Ramadan Bersama Toyota’ Tawar Nilai Hebat
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, UMW Toyota Motor dan semua rangkaian pengedar sahnya akan mengadakan kempen “Jalan Cerita—Ramadan Bersama Toyota” di mana pelanggan boleh mendapat pelbagai tawaran istimewa termasuk duit raya bernilai RM500 (bagi model-model terpilih).
Selain itu, pelanggan juga diberi rebat tunai sehingga RM3,500 serta tawaran menarik yang lain seperti baucar perkhidmatan percuma atau aksesori pakej percuma yang memberikan nilai terbaik untuk pembelian mereka
Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan tawaran promosi Toyota sepanjang bulan ini, sah sehingga 31 Mei 2018.
Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.
Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarata.
No Comment