Berita Auto

M5 Competition Muncul Sebagai Sedan BMW Paling Berkuasa

Hanya beberapa selepas M5 memasuki pasaran, BMW kini telah memperkenalkan varian terbaru yang lebih berkuasa yang dikenali sebagai M5 Competition.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengenalan model baharu ini juga membuka era baru divisyen BMW M di mana varian tertinggi akan dijual sebagai model Competition. Penstrukturan semula portfolio M ini dipacu oleh permintaan tinggi terhadap pakej M Competition yang boleh ditawarkan pada M5 generasi sebelum ini, serta M4 (coupe dan convertible) dan M3 sedan.

2019-bmw-m5-competition (3)

Berbalik kepada M5 Competition, sedan berprestasi tinggi ini masih dikuasakan oleh enjin 4.4-liter biturbo V8 namun kuasa telah meningkat dari 600 hp ke 625 hp. Walaupun jumlah tork kekal pada 750 Nm, ia kini boleh didapati pada julat yang lebih luas iaitu dari 1,800 hingga 5,800 rpm, berbanding 5,600 rpm sebelum ini.

2019-bmw-m5-competition (2)

Dari segi prestasi, model ini memerlukan 3.3 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan 10.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 200 km/j.  Ia mengekalkan sistem pacuan semua roda xDrive yang mula diperkenalkan pada M5 standard dan transmisi automatik lapan kelajuan. Transmisi tersebut mempunyai tiga mod iaitu Efficient, Sport dan Ultra High Performance yang boleh diaktifkan menerusi punat Drivelogic pada tombol gear.

2019-bmw-m5-competition (4)

Antara peningkatan lain yang terdapat pada M5 Competition termasuklah sistem ekzos M Sport yang didatangkan dalam kemasan krom hitam serta cagak enjin baharu yang membuatkan sedan ini lebih responsif dari segi penghantaran kuasa serta pengendalian. Aspek casis turut diberikan perhatian menerusi suspensi dan palang ‘anti-roll’ yang lebih keras. Sedan ini duduk lebih rendah sebanyak 7 mm.

2019-bmw-m5-competition (1)

Dari segi penampilan, M5 Competition dan M5 standard boleh dibezakan menerusi lambang ‘Competition’ di bahagian belakang serta kemasan hitam berkilat yang digunakan pada jeriji, cermin sisi dan pemegang pintu. Bahagian dalam pula menampilkan tali pinggang keledar dengan jalur warna rasmi M dan grafik ‘M5 Competition’ yang muncul pada kluster instrumen apabila enjin dihidupkan.

Previous post

Suzuki Ertiga Baharu Dari Indonesia

Next post

312,000 BMW Kena Recall di England ...... Bagaimana Dengan BMW Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *