Berita Auto

McLaren Capai Pengeluaran 15,000 Unit

McLaren mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan kereta ke-15,000 di kilangnya yang terletak di Woking, Surrey, tujuh tahun selepas pengeluaran bermula.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lebih menarik lagi, rekod itu tercapai 18 bulan selepas kenderaan ke-10,000 jenama itu terhasil pada Disember 2016. Ini meletakkan jumlah purata pengeluaran jenama supercar itu pada kadar 278 unit kenderaan sebulan. Unit terbaru ini merupakan sebuah 570S Spider yang didatangkan dalam warna Curacao Blue.

Pengenalan barisan kedua pada tahun 2016 menyaksikan pengeluaran kereta McLaren berganda dari 10 ke 20 unit sehari, dengan 90 peratus daripadanya dieksport ke lebih 30 pasaran di seluruh dunia.

McLaren 570S Spider 02

McLaren mencapai rekod jualan tertingginya pada tahun lalu dengan jualan sebanyak 3,340 unit. Permintaan semakin meningkat dengan pelancaran dua model baharu iaitu 570S Spider dari keluarga Sports Series dan 720S dari Super Series. Kira-kira dua pertiga dari jumlah tersebut datang dari Sports Series dan selebihnya adalah dari Super Series.

Menurut McLaren lagi, model Ultimate Series iaitu Senna telah memasuki fasa pengeluaran di Woking. Ia akan dihasilkan dalam bilangan terhad iaitu 500 unit sahaja.

 

 

 

Previous post

Raja Jalanan Alphard Dan Vellfire Lancar Kempen Servis Istimewa.

Next post

Subaru Perkenal WRX dan WRX STI 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *