Berita Auto

Mercedes-AMG GT S Roadster Baharu

Mercedes-AMG memperkembangkan portfolio AMG GT dengan pengenalan varian terbaru iaitu GT S Roadster yang diposisikan antara GT Roadster dan GT C Roadster. Ia dikatakan lebih dinamik berbanding varian asas dengan pelbagai pengubahsuaian pada enjin, sistem gantungan dan brek.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti varian lain, GT S Roadster dikuasakan oleh enjin 4.0-liter biturbo V8 ang dipadankan dengan transmisi dwi klac automatik tujuh kelajuan. Dalam versi ini, enjin buatan tangan ini menjana 515 hp dan 670 Nm dari 1,900 hingga 5,000 rpm. GT Roadster mempunyai 469 hp, 630 Nm manakala GT C Roadster mempunyai 550 hp dan 680 Nm.

??????????????????????????

Dari segi prestasi, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 3.7 saat dengan kelajuan maksimum 309 km/j. Ia tidak jauh berbeza dengan prestasi GT C Roadster dengan catatan masa 3.6 saat dan kelajuan maksimum 315 km/j.

??????????????????????????

Sistem suspensi terdiri daripada peredam adaptif kawalan elektronik yang ditugaskan untuk menyesuaikan redaman pada setiap roda mengikut keperluan. Pemandu boleh mengubahsuai karakter peredam menerusi tiga mod yang disediakan iaitu Comfort, Sport dan Sport+.

??????????????????????????

Terdapat juga lima mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, Sport+, Race dan Individual. Ciri ini mengawal tindak balas komponen utama seperti enjin, transmisi, pendikit, ekzos dan stereng.

??????????????????????????

GT S Roadster dilengkapi dengan ‘locking differential’ pada gandar belakang yang meningkatkan cengkaman tayar, sekaligus membolehkan ia mengambil selekoh dengan lebih laju. Model ini didatangkan standard dengan cakera brek komposit namun pelanggan boleh juga mendapatkan cakera jenis seramik yang ditawarkan secara pilihan.

 

 

 

Previous post

Ferrari Portofino Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Nissan Serena S-Hybrid 2018 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *