Berita Auto

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenal ‘AgilityPlus’

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan bagi penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel, Mercedes-Benz Services Malaysia baru-baru ini memperkenalkan AgilityPlus, sebuah penyelesaian serba lengkap yang memberi pelanggan lebih kebebasan untuk menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka dengan cara terbaik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka. Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, sambil membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah.

Untuk menyempurnakan ciri-ciri ini, AgilityPlus memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai menarik. Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus).

Pelanggan juga bebas memilih tempoh setiap pakej pembiayaan dan insurans. Pilihan tempoh bagi Agility Financing, RTI dan Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact) adalah antara satu hingga lima tahun, manakala tempoh bagi Insurans Motor Komprehensif serta Tayar dan Rim ialah satu tahun (atas dasar pembaharuan). Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact Plus) adalah tambahan sekali sehaja.

Mercedes-Benz C350e

Pelanggan yang membuat keputusan untuk membiayai GLC200 dengan pilihan Drive360+ selama lima tahun (20,000 km setahun), serta RTI 5 tahun, Insurans Motor Komprehensif Setahun (Compact Plus) serta Tayar dan Rim hanya perlu membayar RM 4,754 sebulan.

Baru-baru ini, MBSM telah memperkenalkan Kempen EQ Agility Care, yang berlangsung hingga 30 Jun 2018, sebagai pelengkap bagi produk EQ Power yang baru dilancarkan. Pelanggan Kempen EQ Agility Care, yang juga layak untuk menambah penyelesaian AgilityPlus, akan menerima penyelenggaraan dan servis kenderaan berjadual serta EQ Power pengecas wallbox dengan EQ Power C350e atau E350e bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun.

Menerusi AgilityPlus, MBSM turut memperkenalkan kempen Performance Agility Care dari 25 April hingga 30 Jun. Kempen ini menawarkan pembiayaan Agility bagi semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun, yang dilengkapi pakej servis dan barangan AMG ekslusif.

Previous post

BMW Jual 36,692 Unit Kenderaan Elektrik Dalam Tempoh 4 Bulan

Next post

Mercedes-Benz X-Class Talaan Brabus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *