Berita Auto

Mercedes-Benz X-Class Talaan Brabus

Seperti yang kita tahu, setiap kenderaan yang dikeluarkan oleh Mercedes-Benz pasti akan mendapat sentuhan Brabus. Ini termasuklah trak pikap X-Class yang menerima pakej luaran dan dalaman untuk penampilan yang lebih garang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pakej luaran yang dimaksudkan merangkumi reka bentuk jeriji baharu serta empat muncung ekzos dengan kemasan krom yang membuatkan trak pikap ini tampil lebih sporty. Ia juga didatangan rim Monoblock X 20 inci dan tayar berprestasi tinggi bersaiz 285/45. Pelanggan boleh memilih jenama Pirelli, Continental atau Yokohama.

mercedes-benz-x-class-by-brabus (3)

Bukan itu sahaja, penambahbaikan yang diberikan oleh Brabus sedikit sebanyak menjadikan X-Class lebih praktikal. Sebagai contoh, ia kini dilengkapi dengan lampu penanda LED pada bahagian bampar hadapan dan bumbung.

mercedes-benz-x-class-by-brabus (2)

Seperti tawaran Brabus yang lain, bahagian dalaman X-Class boleh disesuaikan (customize) dengan pelbagai pilihan bahan dan warna, termasuk kulit dan Alcantara. Juga terdapat beberapa komponen aluminium seperti scuff plate dan pedal.

mercedes-benz-x-class-by-brabus (4)

Dari segi prestasi, Brabus menyediakan pakej ‘plug and play’ yang dibangunkan khas untuk varian X 250d. Enjin 2.3-liter milik varian itu menjana 211 hp pada 3,500 rpm dan 510 Nm dari 1,500 hingga 2,500 rpm – 21 hp dan 60 Nm lebih tinggi berbanding versi standard. Ia dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 11.5 saat.

mercedes-benz-x-class-by-brabus (1)

Selain itu, Brabus juga mengesahkan yang ia sedang membangunkan pakej naik taraf untuk varian X 350d yang dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6.

Previous post

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenal 'AgilityPlus'

Next post

Tiada Pilihan Enjin Diesel Bagi Volvo S60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *