Berita Auto

Mitsubishi Kini Mempunyai Unit Servis Bergerak di Kuching

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan Unit Servis Bergerak Mitsubishi bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan luar bandar di Kuching, Sarawak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Unit bergerak tersebut dilengkapi dengan alat pengimbas diagnostik pelbagai guna, jek hidraulik dengan stand, pemampat udara serta set alatan. Ia juga membawa pelbagai alat ganti seperti penapis minyak serta penjana sendiri untuk bekalan kuasa.

Mitsubishi Mobile Service Unit- Front View

Ia akan dioperasikan oleh dua pusat servis sah Mitsubishi iaitu EON Auto Mart dan Jimisar Autotrade, dan akan mengembara sejauh 150 km dari Kuching ke bandar-bandar kecil seperti Sematan, Lundu, Bau, Serian dan Simunjan.

Equipped with Special Mitsubishi Diagnostic tools

Pelanggan di Sarawak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan oleh unit servis bergerak ini boleh membuat temujanji dengan pusat-pusat servis tersebut. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi Customer Careline Mitsubishi Motrs di talian 1800 18 8161.

 

Previous post

Porsche Perkenal Cayenne E-Hybrid Baharu

Next post

Volkswagen Pamer 3 Enjin Baharu di Simposium Motor Vienna

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *