Naza Automall Kini Dengan Lebih Banyak Jenama Automotif
Naza Automall kini kembali dengan lebih banyak jenama automotif, menjadikannya pusat sehenti galeri automotif pertama Malaysia yang menawarkan pelbagai tawaran menarik eksklusif untuk pelanggan.
Pelanggan Naza Automall boleh menikmati pelbagai pakej istimewa yang ditawarkan untuk jenama kereta dan motosikal di bawah Kumpulan Naza. Tawaran menarik turut disediakan kepada mereka yang membeli MPV dan SUV dari jenama lain bagi memenuhi peningkatan permintaan segmen tersebut.
Bagi memulakan kempen promosi Naza Automall, Kumpulan Naza menawarkan pelanggan mereka peluang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya selama empat hari tiga malam untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 di Moscow, Rusia.
Diiktiraf sebagai bilik pameran automotif terbesar Malaysia oleh Malaysia Book of Records, Naza Automall mempamerkan pelbagai kenderaan baharu dan terpakai dari 14 jenama termasuk Maserati, Kia, Peugeot, Citroen, Chevrolet, Ducati, Indian Motorcycle dan Vespa. Ia dibuka dari
Terletak di Petaling Jaya, Naza Automall dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada hari kerja dan dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu.
No Comment