Nissan Tawar Rebat GST dan Duit Raya
Selaras dengan tindakan kerajaan Malaysia untuk menetapkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 0% bermula 1 Jun 2018, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini menawarkan rebat GST untuk pelanggannya.
Di bawah promosi ini, mana-mana pelanggan yang telah mendaftarkan kenderaan Nissan dari 16 hingga 31 Mei 2018 akan menerima rebat GST secara tunai.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menikmati ganjaran duit raya menerusi promosi ‘Blissful Journey with Nissan’ yang berlangsung sepanjang bulan ini. Lebih menarik lagi, lima pelanggan bertuah turut berpeluang membawa pulang sebuah kerusi urut OSIM uLove bernilai RM19,988 setiap satu serta hadiah-hadiah lain bernilai sehingga RM450,000 dengan setiap pembelian kenderaan Nissan baharu.
No Comment