Bisnes

Pasca PRU14 … Adakah Harga Kereta Akan Turun?

Ini adalah topik hangat bagi pembaca kami …. kerana kami adalah laman web permotoran.

Persoalan ini mula ditanya kelmarin dan pagi ini beberapa pembaca dan rakan-rakan mula bertanya samada ‘harga kereta akan turun’ dengan kerajaan Malaysia yang baharu ini. Ini mungkin kerana mereka semua mahu membeli kereta mewah?

Analisa mudah kami …… TIDAK. Ini bukan keutamaan kerajaan baharu yang ingin membina semula negara dan taraf hidup yang lebih baik untuk mereka yang mengundi mereka. Walau bagaimanapun dengan penyingkiran GST … tidak lama lagi … harga jualan kenderaan akan turun … SEDIKIT!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Harga kereta tidak akan turun dengan tiba-tiba. Ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun. Kenapa? …… fikirkan pasaran kereta terpakai. kereta sewa yang semakin meningkat dan longgokan stok kereta terpakai dan baharu di kawasan terbuka, gudang dan bilik pameran di serata negara. Itu berbilion ringgit tu. Semua ini kena diambil kira. Kemungkinan pengurangan secara beransur-ansur … tahun demi tahun akan berlaku. Selain itu, kerajaan memerlukan pendapatan cukai import kereta untuk digunakan untuk menyedia and menyelenggara pengangkutan awam, jalan raya, pendidikan dan banyak lagi untuk rakyat Malaysia. Sabarlah ya. Lama lagi. Kereta super mewah tu boleh tunggu.

Previous post

Sejak Keputusan PRU14 Jualan Kereta Adalah Kosong! Tiada Jualan Langsung!

Next post

TC Subaru Umum Skim Perlindungan Harga Sehingga 18 Ogos 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *