Pemilik Honda RS150R dari Selangor dan Perak Jalin Persahabatan
Gombaking, sebuah kelab pemilik Honda RS150R yang berpengkalan di Selangor, telah berjaya menganjurkan konvoi ke negeri Perak bersempena dengan sambutan Hari Buruh baru-baru ini. Konvoi tersebut disertai oleh beberapa kelab RS150R negeri tersebut yang berkumpul di Ngee Fatt Motors Enterprise yang terletak di Batu Gajah, menjadikan jumlah peserta seramai 130 orang.
Kelab-kelab yang mengikuti konvoi “Gombaking Ride Tour Silaturrahim” adalah seperti berikut:
- RS Gopeng Community (Gopeng)
- RS Hilir Perak Crew (Teluk Intan)
- RS Tapah Chapters (Tapah)
- RS Owner Club Perak (Ipoh)
- RS SilverState (Ipoh)
- RS Gerik Crew (Grik)
- RS Muallim (Tanjung Malim)
- RS Manjung Club (Manjung)
- RS Raintaker (Taiping)
Di Ngee Fatt Motors, pihak penganjur mengambil kesempatan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan antara ahli-ahli kelab menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti sesi bergambar, cabutan bertuah serta permainan.
Bukan itu sahaja, setiap peserta turut menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ngee Fatt Motors. Turut hadir adalah Pengurus Besar Boon Siew Honda, Yee Lip Kwong. Beliau memberikan ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan konvoi tersebut.
Konvoi ini diakhiri dengan satu lagi sesi bergambar di Kellie’s Castle, yang merupakan salah satu mercu tanda seni bina paling terkenal di negeri Perak.
No Comment