Berita Auto

SDAC Umum Harga Terbaru Model Ford Tanpa GST

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah mengumumkan senarai harga terbaru bagi rangkain model Ford bersempena dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harga baru ini akan terus berkuatkuasa sehingga pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Pelanggan disarankan untuk membuat tempahan dan menghantar dokumen pinjaman mereka segera untuk menikmati penjimatan sehingga RM33,000 serta pelbagai lagi promosi.

Berikut adalah senarai harga model Ford dengan dan tanpa GST. Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans dan sebarang tawaran jangka pendek.

ford price list gst

Selain itu, bersempena dengan ulangtahun SDAC yang ke-10, pelanggan yang membeli Mustang akan mendapat sebuah Fiesta 1.5L secara percuma. Turut ditawarkan adalah unit terhad S-Max yang dijual pada harga bermula dari RM147,000.

Pelanggan yang membeli mana-mana varian Ranger WildTrak akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan untuk dua tahun atau 40,000 km, manakala mereka yang membeli mana-mana varian Ranger turut berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah termasuk sebuah Fiesta 1.5L Sport dan 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro.

The Sixth Generation Mustang

Pemenang ditentukan menerusi cabutan bertuah bulanan, dengan lima telefon pintar untuk dimenangi setiap bulan. Pemenang hadiah utama akan diumumkan selepas cabutan terakhir pada bulan Jun.

SDAC turut mengadakan promosi ‘Raya Joy & Enjoy’ yang berlangsung dari 1 hingga 13 Jun 2018. Menerusi promosi ini, pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana model Ford berpeluang untuk mendapat hadiah harian berupa barangan elektronik, telefon pintar atau gajet.

 

Previous post

Naza Kia Malaysia Umum Harga Terkini Dengan GST 0%

Next post

Senarai Harga Baharu Mitsubishi Tanpa GST + Bonus Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *