Berita Auto

Senarai Harga Baharu Renault Tanpa GST

TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan harga terkini bagi rangkaian model Renault sempena dengan pelaksanaan kadar sifar GST bermula 1 Jun 2018. Syarikat itu turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk tunai untuk model terpilih dengan penjimatan sehingga RM40,000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jadual di bawah menunjukkan harga model Renault dengan GST 6% dan GST 0%, serta harga terbaru yang termasuk rebat. Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan (on-the-road) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran individu sahaja.

Renault price list gst BM

 

Harga terkini yang ditunjukkan adalah termasuk jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Bagi model Captur, kadar sifar GST juga meliputi pakej 5-in-Captur yang merangkumi:

  • Jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan
  • Bantuan tepi jalan 24 jam percuma
  • Pengambilan dan penghantaran semasa servis berjadual di pusat servis Renault
  • Perkhidmatan mobiliti kereta pengganti sekiranya mana-mana alat ganti tidak tersedia selama lebih dari 48 jam

 

Previous post

Sime Darby Auto Connexion Lancar Permainan Dalam Talian 'Ford for Food'

Next post

Sejarah Toyota Sekarang Di Talian Dengan Percuma

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *