Sime Darby Auto Connexion Lancar Permainan Dalam Talian ‘Ford for Food’
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah melancarkan peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’ yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keterlibatan dan menawarkan pengalaman digital yang lebih interaktif kepada pelanggan.
Peraduan serta permainan video dalam talian ini terbuka untuk orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas dan akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.
SDAC akan memberikan tiga hadiah dalam bentuk barangan eksklusif SDAC-Ford pada setiap minggu. Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook Ford Malaysia www.facebook.com/FordMalaysia.
Menampilkan Ford Ranger Wildtrak, permainan ‘Ford for Food’ membawa peserta melalui laluan yang dipilih di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia, bermula dengan Melaka.
Para pemain akan melalui tiga peringkat dalam permainan tersebut. Setiap peringkat menampilkan kondisi pemanduan berbeza seperti lebuh raya, off-road dan jalan bandar yang sibuk.
Ketika pemanduan di setiap peringkat, pemain ditugaskan untuk mengangkut sebanyak mungkin makanan untuk mendapatkan mata. Sepanjang permainan ini, pemain juga boleh mengaktifkan ciri-ciri utama Ranger ketika mengutip makanan untuk mendapatkan mata bonus tambahan.
Tiga pemain terbaik dengan skor paling tinggi dalam masa terpantas secara terkumpul pada setiap minggu akan dipilih sebagai pemenang. Peserta boleh bermain ‘Ford for Food’ sebanyak mungkin dalam masa seminggu untuk mencatat keputusan terbaik mereka. Keputusan permainan akan dipaparkan di paparan utama dan ditukar pada setiap minggu.
Untuk bermain permainan ini, para peserta hanya perlu melayari peraduan di laman web SDAC www.sdacford.com.my dan log masuk menerusi akaun Facebook peribadi masing-masing.
Permainan ‘Ford for Food’ adalah mesra peranti mudah alih, ia boleh dimainkan dengan menggunakan telefon pintar dan gajet-gajet lain, selain PC dan komputer riba.
No Comment