Berita Auto

Subaru Perkenal WRX dan WRX STI 2019

Subaru telah memperkenalkan WRX dan WRX STI model 2019 dan seperti yang diura-urakan, varian STI menerima peningkatan sebanyak 5 hp menjadi kuasa keseluruhan 310 hp. Ini turut meletakkannya setara dengan model edisi terhad WRX STI Type RA yang diperkenalkan awal tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Subaru, peningkatan kuasa enjin boxer 2.5-liter turbo itu dicapai menerusi penggunaan ambilan udara baharu dan sistem ekzos aliran tinggi. Turut menyumbang adalah ECU yang ditala semula dan omboh lebih kukuh.

Transmisi manual enam kelajuannya turut dipertingkatkan dengan semakan semula pada nisbah gear ketiga bagi menghasilkan pecutan yang lebih pantas.

Bagi WRX, ia kekal dengan enjin boxer 2.0-liter turbo yang menghasilkan 268 hp serta ciri Symmetrical All-Wheel Drive dan Active Torque Vectoring. Ia boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan atau Sport Lineatronic CVT dengan mod manual. Antara kelengkapan baru adalah sistem multimedia dengan skrin sentuh 6.5 inci dan ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kedua-dua model boleh didapati dalam versi Series.Gray yang terhad kepada 750 unit bagi WRX dan 250 unit bagi WRX STI. Versi ini didatangkan dalam warna Cool Gray Khaki dengan lencana Crystal Black Silica serta tempat duduk Recaro dengan kemasan ultrasuede.

WRX STI didatangkan dengan kelengkapan tambahan iaitu rim 19 inci, angkup berwarna perak dengan logo ‘STI’ hitam, serta suspensi dan peredam Bilstein.

Previous post

McLaren Capai Pengeluaran 15,000 Unit

Next post

Promosi Hari Raya Shell Helix Tawar Rebat Tunai, Percutian ke Ferrari World

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *