UMW Toyota Panggil Semula 1,900 Unit Alphard dan Vellfire
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kempen panggilan semula untuk mengemaskini unit kawalan elektronik (ECU) bagi sistem brek parkir elektronik yang melibatkan kira-kira 1,900 unit Alphard dan Vellfire keluaran April 2016 hingga Februari 2018.
Keadaan ini berlaku kerana program ECU tersebut yang tidak sesuai. Terdapat kemungkinan bahawa kekurangan voltan semasa enjin dihidupkan semula selepas melahu (idle) boleh dinilai sebagai satu keganjilan jika bateri mengalami penurunan kuasa. Jika keadaan ini berlaku, lampu amaran akan menyala dan sistem brek parkir elektronik tersebut tidak akan berfungsi.
UMWT akan memaklumkan pemilik kenderaan yang terlibat untuk mengemaskini program ECU tersebut secara percuma. Proses ini dikatakan akan mengambil masa selama satu jam.
No Comment