Bisnes

Apa Akan Jadi Bila SST Dilaksanakan?

Menurut Abdul Rashid Musa Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar, harga kenderaan berpotensi untuk meningkat selepas adanya SST, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada bulan Mei, “Harga kereta akan meningkat apabila SST sebanyak 10% dilaksanakan.”

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi pasaran kereta terpakai, oleh kerana persaingan yang sengit, penjual secara umumnya menyerap nilai GST. Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar. Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal. Walau bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit lebih rumit berbanding dengan pengalaman membeli kereta baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dan kadar faedahnya lebih rendah disebabkan risiko yang lebih rendah berbanding dengan kereta terpakai. Dengan ini, jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya.

Berikutan dengan perkara ini, kebanyakan pengeluar kereta menawarkan pelbagai aktiviti promosi. Pengguna yang inginkan penjimatan akan menjadi sukar untuk menentukan model mana yang hendak dibeli. Sebagai contoh, jika memilih sebuah kereta dengan enjin 1.3cc, pengguna akan sukar untuk membuat pilihan di pasaran, terutama apabila membuat perbandingan dari segi penyelenggaraan, ruang, keselamatan dan kestabilan, dan yang paling penting adalah faktor harga.

Abdul Rashid merasakan bahawa Proton Saga adalah yang paling sesuai untuk semua perbandingan tersebut – ianya luas, dilengkapi dengan ESC (Kawalan Kestabilan Elektrik) dan TC (Kawalan Cengkaman) untuk model premium dan dilengkapi dengan pemanduan dan pengendalian yang hebat, iaitu ciri utama dalam sebuah kereta Proton. Pemanduan dan pengendalian yang baik akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa, menjadikan perjalanan di lebuh raya begitu stabil, selesa dan pantas, berbanding pesaingnya. Penyelenggaraannya yang rendah menjadi faktor utama pengguna memilih Proton Saga berbanding pesaingnya yang rapat.

PROTON kini menawarkan SAGA bermula di bawah RM30,000 bagi harga bersih*. Jumlah yang paling rendah dalam segmennya dan merupakan tawaran harga terbaik sejak 12 tahun.

*tertakluk kepada terma dan syarat.

Proton Saga

Previous post

Bentley Bentayga Sasar Rekod SUV Terpantas di Pikes Peak

Next post

Nabil Jefri Dan Pasukannya Mengakhiri 24 Jam Le Mans Dengan Cermelang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *