Berita Auto

Aston Martin DBS Superleggera Mampu Capai 340 Km/j

Aston Martin telah memperkenalkan model flagship terbarunya, DBS Superleggera yang mengambil alih tempat Vanquish S. Dengan model ini, pengeluar supercar British itu menghidupkan semula nama ‘DBS’ yang kali terakhir digunakan pada 2012, manakala ‘Superleggera’ pula bermaksud ‘super ringan’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

DBS Superleggera dibina di atas platform DB11 dan ini bermaksud ia mempunyai struktur aluminium serta suspensi double wishbone dan multi-link yang sama. Model ini juga dikuasakan oleh enjin 5.2-liter twin-turbo V12, namun kuasa telah meningkat dari 600 hp dan 700 Nm ke 715 hp dan 900 Nm.

2019-aston-martin-dbs-superleggera (3)

Kuasa disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan yang dipadankan dengan limited-slip differential dan torque vectoring untuk pengendalian yang tepat dan pecutan yang lebih berkesan. Dari segi prestasi, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 340 km/j.

2019-aston-martin-dbs-superleggera (4)

Enjin dan casis mempunyai tiga mod dinamik yang boleh dipilih iaitu GT, Sport dan Sport Plus. Selain itu, peredam adaptif turut disertakan dengan sensor yang mampu mengesan cara pemanduan.

2019-aston-martin-dbs-superleggera (2)

Model ini turut menampilkan kelengkapan standard seperti kemasukan tanpa kunci, sistem pemantauan tekanan tayar dan kamera 360 darjah dengan paparan parkir dan bantuan parkir. Sistem infotainment pula merangkumi skrin LCD dengan ciri-ciri seperti Bluetooth, ketersambungan iPod, iPhone serta USB.

2019-aston-martin-dbs-superleggera (5)

DBS Superleggera bakal memasuki pasaran akhir tahun ini dengan harga bermula dari £225,000 (RM1,198,468). Ia merupakan seteru utama Lamborghini Aventador S dan Ferrari 812 Superfast.

2019-aston-martin-dbs-superleggera (1)

Previous post

Jeep Harus Kembali Ke Malaysia SEKARANG Dengan Enjin Turbo 1.3Lnya

Next post

BMW X2 Dähler

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *