Berita Auto

Aston Martin Rapide AMR Dijana Enjin V12 Lebih Berkuasa

Aston Martin telah mendedahkan Rapide AMR, model kedua yang memakai lencana Aston Martin Racing itu selepas DB11 AMR yang diperkenalkan pada bulan lalu. Hanya 210 unit akan ditawarkan bagi pasaran global (kecuali Rusia dan China) dengan harga kira-kira $240,000 (RM955,920) setiap satu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rapide AMR mengekalkan enjin aspirasi-natural 6.0-liter V12 namun dengan manifold lebih besar yang dipinjam dari Vantage GT12 dan penentukuran pada enjin dan transmisi, ia menjana kuasa yang lebih tinggi iaitu 580 hp dan 630 Nm. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 330 km/j.

aston-martin-rapide-amr (5)

Bagi aspek pengendalian, model empat pintu ini didatangkan dengan peredam adaptif tiga-peringkat yang telah ditala semula di AMR Performance Centre yang terletak di Nurburgring. Ia bukan sahaja dikatakan lebih dinamik dan lincah, malah lebih rendah sebanyak 3 mm berbanding versi biasa.

aston-martin-rapide-amr (2)

Kuasa membrek dibekalkan oleh cakera seramik karbon bersaiz 400 mm dengan angkup enam omboh di depan dan 360 mm dengan angkup empat omboh di belakang. Ia turut memakai rim 21 inci (yang pertama dalam barisan model Aston Martin) dengan tayar Michelin Pilot Sport.

aston-martin-rapide-amr (3)

Menurut Aston Martin, rim tersebut bukan sahaja lebih keras malah direka untuk membantu menyejukkan brek. Ia turut menggunakan saluran brek dan pelindung debu yang diambil dari model Vanquish S.

aston-martin-rapide-amr (6)

Dari segi penampilan, Rapide AMR boleh dibezakan dengan versi biasa menerusi komponen aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon iaitu, bonet splitter depan, diffuser dan spoiler belakang. Ia juga didatangkan dengan jeriji lebih agresif serta lampu nyalaan siang berbentuk bulat seperti yang terdapat pada model Zagato.

aston-martin-rapide-amr (4)

Rapide AMR boleh didapati dalam tiga skema warna iaitu Standard, Silhouette dan Signature. Standard dan Silhoutte menawarkan empat warna iaitu Marina Blue, Scintilla Silver, Lightning Silver dan Onyx Black. Standard didatangkan dengan perincian berwarna AMR Lime manakala Silhouette pula menawarkan perincian China Grey atau Clubsport White.

aston-martin-rapide-amr (1)

Unit yang dipaparkan ini didatangkan dengan skema Signature dengan warna Stirling Green dan perincian Lime, sama seperti yang digunakan oleh jentera lumba Aston Martin.

 

Previous post

Periksalah Tayar Anda Sebelum Anda Masuk Longkang Macam Ni

Next post

Pakai Tali Keledar Dan Jangan Letak Kaki Atas Dashboard

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *