Berita Auto

BMW 8 Series Akhirnya Diperkenalkan

BMW mengakhiri penantian peminatnya di seluruh dunia dengan pelancaran 8 Series Coupe baharu. Kali terakhir pengeluar kereta dari Jerman itu menggunakan nombor ‘8’ bagi barisan produknya adalah pada tahun 1989 bagi model E31.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jika dilihat pada reka bentuknya, model terbaru ini kelihatan tidak jauh berbeza dengan versi konsep yang diperkenalkan pada tahun lalu. Antara ciri yang menonjol adalah lampu depan LED yang tajam, jeriji kidney tunggal serta bumbung ‘double bubble’ seperti yang terdapat pada jentera lumba klasik.

bmw-serie-8-2019 (7)

Dari segi saiz, 8 Series mempunyai ukuran panjang 4,843 mm, lebar 1,902 mm, tinggi 1,341 mm dengan jarak roda berukuran 2,822 mm, sekaligus menjadikannya lebih panjang dan lebar namun lebih rendah berbanding model 6 Series Coupe.

bmw-serie-8-2019 (6)

Bahagian kabin pula tampil mewah dengan kelengkapan seperti panel instrumen digital berukuran 10.3 inci serta skrin infotainment 12.3 inci yang diletakkan di konsol tengah. Pelanggan boleh mendapatkan kelengkapan tambahan seperti pengecas tanpa wayar, sistem audio Bowers & Wilkins serta butang dan suis yang diperbuat daripada kaca.

bmw-serie-8-2019 (2)

Buat masa ini, 8 Series ditawarkan dalam dua varian iaitu M850i xDrive dan 840d xDrive. Dikuasakan oleh enjin 4.4-liter biturbo V8, M850i mempunyai 530 hp dari 5,500 hingga 6,000 rpm dan 750 Nm dari 1,800 hingga 4,600 rpm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat, dengan penggunaan bahan api antara 10 hingga 10.5 liter bagi setiap 100 km.

bmw-serie-8-2019 (1)

Varian 840d pula menampilkan enjin diesel 3.0-liter twin-turbo enam silinder yang menjana 320 hp pada 4,400 rpm dan 680 Nm antara 1,780 hingga 2,250 rpm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 4.9 saat. Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke kesemua roda menerusi sistem pacuan xDrive.

bmw-serie-8-2019 (5)

Dibangunkan selari dengan M8 (akan datang tidak lama lagi) dan jentera lumba M8 GTE, 8 Series dibina di atas platform yang diperbuat menggunakan campuran aluminium, magnesium dan gentian karbon. Ini dipadankan dengan suspensi adaptif M, Integral Active Steering dan tayar berlainan saiz yang didatangkan secara standard. Varian M850i juga boleh dipesan dengan ciri Active Roll Stabilisation untuk pengendalian yang lebih stabil.

bmw-serie-8-2019 (3)

Dari segi elektronik, model ini didatangkan dengan ciri Driving Experience Control yang menyediakan mod Adapative, selain mod Comfort, Eco Pro, Sport dan Sport+. Ciri bantuan pemandu yang ada pula termasuklah Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go, Steering and Lane Control Assistant, Lane Change Warning, Lane Departure Warning serta Parking Assistant.

bmw-serie-8-2019

 

Previous post

Pasukan Polis Jepun Terima Kereta Peronda Nissan GT-R

Next post

Regas Premium Sabah Dilantik Sebagai Wakil Pengedar Sah BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *