Berita Auto

BMW M2 Dapat Sentuhan Z-Performance

BMW M2 mempunyai reka bentuk yang sudah cukup menggoda namun jika anda inginkan penampilan lebih agresif, banyak syarikat talaan di luar sana yang menawarkan pakej yang sesuai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Salah satu daripadanya adalah pakej kit badan lebar yang direka oleh Z-Performance dari Jerman. Pakej tersebut merangkumi lapan bahagian yang diperbuat daripada gentian kaca termasuk spoiler depan, skirt sisi, diffuser serta sayap belakang.

bmw-m2-by-z-performance (2)

Penggunaan fender ‘bolt on’ yang lebar secara tidak langsung memberi ruang kepada rim ZP Forged bersaiz 20 inci dengan ukuran lebar 10.5 inci di depan dan 12.5 inci di belakang. Tayar yang digunakan adalah Toyo Proxes bersaiz 265/30 dan 325/25. Balutan stiker berwarna pastel pistachio memberikan jentera M ini penampilan unik.

bmw-m2-by-z-performance (5)

Ruang kabin pula dilengkapi dengan pelbagai komponen M Performance serta dihiasi dengan elemen Alcantara dan gentian karbon. Turut disertakan adalah paparan lumba terbina pada bahagian stereng.

bmw-m2-by-z-performance (3)

Selain itu, jentera ini turut didatangkan dengan penukar bermangkin (catalytic converter) dan sistem ekozs buatan Remus yang menghasilkan deruman yang lebih garang. Ia tampil lebih rendah berbanding M2 standard dengan coilover daripada Lowtec.

bmw-m2-by-z-performance (4)

Dalam versi standard, M2 yang dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder mempunyai 365 hp dan 465 Nm. Bagaimanapun, model ini sebenarnya sudah mempunyai pengganti yang dikenali sebagai M2 Competition. Ia menggunakan enjin yang sama namun kuasa telah meningkat ke 410 hp dan 550 Nm.

Previous post

Ferrari Menang Besar di Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2018

Next post

Proton Lancar Cawangan Pengedar Bertaraf 4S

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *