BMW X2 Dähler
Syarikat talaan dari German iaitu Dähler telah mendedahkan pakej naik taraf BMW X2 yang dikenali sebagai Competition Line. Pakej ini memberikan crossover itu penampilan yang lebih agresif menerusi tema hitam.
Ini boleh dilihat pada bahagian hadapan kereta di mana jeriji dan sebahagian daripada bampar kini diberikan warna hitam. Selain daripada itu, hanya cermin sisi dan diffuser belakang yang didatangkan dalam warna asal. Rim didatangkan dalam saiz 21 atau 22 inci, dan boleh dipesan dalam pelbagai warna.
Selain penampilan luaran, syarikat itu juga menawarkan jumlah kuasa lebih tinggi menerusi pakej naik taraf enjin bagi semua varian X2. Kuasa bagi varian 18i meningkat dari 136 hp ke 158 hp/264 Nm, manakala varian 20i meningkat dari 192 hp ke 223 hp/340 Nm.
Bagi model diesel, varian 18d yang mempunyai 150 hp standard mampu mencapai 174 hp/390 Nm dan varian 20d pula mencapai 220 hp/450 Nm.
Pelanggan juga boleh memesan sistem ekzos dalam pelbagai rekaan berbeza serta kit spring sport untuk mendapatkan pengendalian yang lebih responsif, selain memberikan X2 anda ‘stance’ yang lebih agresif.
No Comment