Motosikal / Skuter / Roda

Boon Siew Honda Lancar CB1000R dan CB250R

Seperti yang dijanjikan, Boon Siew Honda telah melancarkan dua model Neo Sports Cafe bagi pasaran Malaysia iaitu CB1000R yang dijual pada harga RM74,999 dan CB250R dengan harga RM22,999.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

CB1000R

??????????????????

Membuat kemunculan pertamanya di negara ini di acara Malaysia Autoshow pada bulan April lalu, CB1000R menampilkan imej retro minimalis yang dipadankan dengan casis dan enjin yang dipertingkatkan. Ia dikuasakan oleh enjin yang sama seperti CBR1000RR iaitu 998 cc DOHC empat silinder dengan kuasa 143 hp pada 7,500 rpm dan 104 Nm pada 8,250 rpm.

??????????????????

Model ini dilengkapi dengan fork depan boleh laras Showa Seperate Function Fork Big Piston (SFF-BP), sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) serta empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan User. Sistem brek terdiri dari cakera 310 mm dengan angkup empat omboh di depan dan cakera 256 mm dengan angkup dua omboh serta ABS.

??????????????????

CB1000R boleh didapati dalam dua warna iaitu Graphite Black dan Candy Cromosphere Red.

CB250R

Honda CB250R 03

Model terbaru dalam barisan model ‘sport naked’  Honda ini mempunyai berat 145 kg dan dijana oleh enjin 250 cc silinder tunggal yang menghasilkan 27 hp pada 9,000 rpm dan 23.3 Nm pada 8,000 rpm.

Honda CB250R 01

Antara ciri menarik yang bakal mencuri tumpuan adalah bar hendal besi dengan cagak getah, paparan instrumen LCD serta lampu LED di depan dan belakang.

Honda CB250R 02

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Matt Bullet Silver, Graphite Black dan Candy Cromosphere Red.

CB1000R dan CB250R dijangka masuki pasaran bermula Julai ini. Selain dari harga yang menarik, Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km bagi kedua-dua model.

Previous post

Program Bakat Besi: Reka Bina Jadi Platform Pengubahsuai Motosikal

Next post

Pelumba Wanita Arab Saudi Pandu Jaguar F-Type Sempena Pemansuhan Larangan Memandu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *