Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Bosch Mengesyorkan Pemeriksaan Pengelap Cermin Kereta Balik Kampung

Kajian Aftermarket Automotif Bosch mendedahkan bahawa 35 peratus pemandu Malaysia menghabiskan purata RM21 RM40 pada bilah pengelap diikuti 28 peratus dan 15 peratus masing-masing membelanjakan RM41-RM60 dan RM80-RM120.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 70 peratus pemandu Malaysia memandang pengelap sebagai sangat penting bagi keselamatan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, 53 peratus pemandu ditinjau menunjukkan bahawa mereka melepasi jangka hayat pengelap mereka melebihi 12 bulan; Hanya 32 peratus menukar bilah pengelap mereka setiap tahun. Bosch mengesyorkan pemandu memeriksa keadaan bilah pengelap mereka dengan kerap selepas enam bulan, dan menggantikannya setiap tahun.

“Walaupun banyak pengelap hari ini boleh bertahan sehingga setahun, kami sangat mengesyorkan memeriksa setiap pengelap setiap enam bulan untuk kehausan dan kelusuhan,” kata Pang Yoon Kong, pengurus negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia. “Beliau juga menambah bahawa getah bilah pengelap akan merosot dari masa ke masa disebabkan oleh serpihan jalan raya, bahan kimia, dan pendedahan iklim, selain daripada kehausan kerana pendedahan kepada elemen cuaca.

“Terutama di negara tropika seperti Malaysia dengan hujan lebat dan musim monsun, pemandu bergantung kepada pengelap mereka untuk membersihkan cermin dari hujan dan meningkatkan penglihatan. Kos penyelenggaraan pengelap adalah kecil tetapi peranan yang dimainkannya dalam memastikan kesejahteraan pemandu dan orang tersayang mereka besar, “kata Pang.

“Pemandu yang akan memulakan perjalanan Balik Kampung mereka tidak lama lagi harus periksa untuk tanda-tanda kehausan dan kelusuhan pengelap kenderaan mereka,” ujar Pang.

Pengelap Clear Advantage  Bosch dilengkapi dengan hassle-free quick clip adapter yang membolehkan pemandu menggantikan bilah pengelap dengan mudah dengan hanya satu langkah. Getah bilah pengelap disalut dengan grafit untuk mengurangkan geseran antara bilah dan cermin untuk prestasi mengelap yang licin dan tenang.

Pengelap bilah rata ini juga dilengkapi dengan spring mono Evodium besi yang merangkumi keseluruhan panjang bilah, menghasilkan tekanan seragam sepanjang bilah pengelap terhadap kaca cermin. Faktor-faktor ini memastikan prestasi mengelap yang konsisten dan boleh dipercayai di bawah sebarang keadaan, menjadikan Clear Advantage sebagai pengelap utama untuk cuaca Malaysia.

 

Previous post

Volvo Cars Semakin Menjauhkan Diri Dari Acara Industri Auto

Next post

Nissan Camper Untuk Penggemar Outdoor

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *