Daihatsu Malaysia Perkenal Harga Baharu dan Promosi Raya
Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengumumkan senarai harga terkini bagi semua model Daihatsu, selari dengan pelaksanaan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun 2018.
Harga baharu ini menyaksikan penjimatan dari RM3,597 hingga RM5,337 bagi varian pikap Gran Max, dan penjimatan dari RM3,710 hingga RM4,610 bagi varian panel van Gran Max. Semua kenderaan Daihatsu didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.
Selain itu, Daihatsu Malaysia turut menawarkan penjimatan tambahan sehingga RM4,000 sempena musim perayaan tidak lama lagi.
No Comment