Ferrari Menang Besar di Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2018
Kepakaran Ferrari dalam menghasilkan enjin terbukti apabila menyapu enam anugerah di Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa 2018. Lebih hebat lagi, enjin 3.9-liter twin-turbo V8 jenama itu telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut.
Selain anugerah utama, enjin tersebut yang boleh didapati pada rangkaian model 488 (GTB, Spider dan Pista) turut menjuarai kelas 3-Liter hingga 4-Liter, kategori Performance Engine serta pencalonan khas bagi anugerah Best of the Best.
Bagi enjin V12 pula, unit 6.5-liter yang menghasilkan 800 PS dalam model 812 Superfast turut membawa pulang dua anugerah iaitu bagi kelas 4-Liter Ke Atas serta kategori Enjin Baharu Terbaik. Enjin tersebut dibina berasaskan unit 6.3-liter pada model F12berlinetta dengan 75% komponen baharu.
Dengan kemenangan terbaru ini, koleksi piala yang dimenangi oleh Ferrari meningkat kepada 27.
No Comment