Ini Harga Bateri Ganti Hibrid Toyota dan Lexus
Ya, kami mempunyai senarai harga bateri ganti bagi kereta hibrid Toyota dan Lexus yang dijual di Malaysia. Ia tidaklah semahal yang disangka dan lebih baik lagi, harga tersebut adalah termasuk jaminan untuk ketenangan fikiran kepada pemilik.
Berikut adalah harga bateri ganti hibrid yang telah disahkan oleh UMW Toyota dan Lexus Malaysia:
- Toyota Prius – RM6,680
- Toyota Prius C – RM6,010
- Toyota Camry Hybrid – RM8,700
- Lexus CT200h – RM6,680
Harga yang dinyatakan adalah termasuk waranti pengeluar selama lapan tahun. Buat masa ini, hanya pemilik Prius yang mungkin memerlukan penggantian bateri sementara model-model lain sepatutnya masih dalam tempoh jaminan.
Pengedar-pengedar kereta terpakai menjual CT200h pada harga antara RM62,000 hingga RM75,000 untuk model 2013. Namun ada pemilik yang mendakwa ditawarkan harga serendah RM55,000 dengan alasan kos penggantian bateri yang tinggi.
Sebuah Prius 1.8L tahun 2013 hanya mendapat kira-kira RM38,000 dari pengedar kereta terpakai manakala Prius C tahun yang sama lebih mengecewakan dengan harga RM24,000. Pengedar menawarkan harga yang agak tinggi iaitu RM103,000 (kira-kira RM10,000 kurang berbanding harga jualan akhir) bagi Camry Hybrid 2015 kerana ia hanya berusia tiga tahun dan masih mempunyai jaminan bateri untuk empat hingga lima tahun.
Dengan maklumat ini, pastikan anda mendapat tawaran harga yang wajar ketika menjual kereta hibrid Toyota anda.
No Comment