Jaguar Land Rover Saman Bentley Berhubung ‘All Terrain Specs’ Mereka
Jaguar Land Rover (JLR) baru saja memfailkan aduan 30 muka surat terhadap Bentley di Amerika Syarikat, menuntut ganti rugi, kos dan injunksi terhadap Bentley setelah menghabiskan masa selama 2 tahun untuk mendapatkan pengurusan Bentley untuk menangani isu dan aduan mengenai penggunaan ‘ All Terrain Specs ‘ di dalam Bentyaga mereka.
JLR mendakwa bahawa spesifikasi Bentley All Terrain (sebagai pilihan) termasuk sistem Drive Dynamics yang menawarkan Snow, Ice & Wet Grass, Dirt & Gravel, Mud & Trail dan Sand mode, sama seperti Range Rover Grass / Gravel / Snow, Mud & Ruts, dan Rock mode.
Land Rover mempunyai pengalaman selama 70 tahun dengan sistem pacuan empat roda walaupun kebanyakan pemilik / pemandunya tidak pernah keluar jalan tar pun dan Bentley datang ke pasaran dengan teknologi Volkswagen Group 4 × 4 yang baru saja dilihat sebagai tindakan di Pikes Peak.
No Comment