Gaya Hidup / Lifestyle

JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran ‘Malaysia’ – Nombor Pendaftaran Kenderaan Peribadi Turut Dikaji

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘Malaysia’ bermula 2 hingga 16 Julai ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata keputusan tawaran bidaan melibatkan nombor siri Malaysia 1 hingga Malaysia 9999 itu akan diumumkan pada 23 Ogos depan.

Katanya bidaan itu terbuka kepada mana-mana individu termasuk menteri kecuali Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan ditawarkan nombor pendaftaran khas ‘Malaysia 2020’.

“Niat kita untuk tambah hasil kerajaan jadi semua nombor tidak dikhaskan untuk sesiapa (termasuk menteri), boleh dibida oleh sesiapa pun. Tiada bidaan minimum,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan menjangkakan hasil lebih RM22 juta daripada tawaran bidaan tersebut berdasarkan hasil penjualan nombor pendaftaraan siri ‘V’ dan ‘F’ sebelum ini.

Loke berkata nombor pendaftaraan siri ‘V’ dan ‘F’ masing-masing merekodkan hasil jualan sebanyak RM22.48 juta dan RM17.55 juta dengan bidaan tertinggi dicatatkan bagi kedua-dua siri itu adalah RM989,780 bagi nombor V1 dan RM836,660 bagi nombor F1.

“Hasil jualan nombor ini (Malaysia) akan disalurkan kepada kerajaan kerana dalam bidang pengangkutan ini jika JPJ dapat hasil tinggi, kementerian boleh minta lebih banyak dana untuk pengangkutan awam.

“Jadi saya ingin meyakinkan kabinet bahawa JPJ juga boleh menambah hasil kerajaan,” katanya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya membolehkan bidaan dibuat di JPJ Kuala Lumpur, Loke berkata kali ini bidaan boleh dihantar kepada semua pejabat JPJ negeri untuk kemudahan orang ramai.

Menurut Loke selaras dengan keputusan mesyuarat kabinet pada Rabu lepas, kementerian juga akan memperkenalkan siri nombor pendaftaran kenderaan bagi setiap negeri bermula dari ‘Perlis’ sehingga ke ‘Sabah’ tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain itu, Loke berkata kementerian juga sedang mengkaji cadangan memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan peribadi bagi menambah hasil kerajaan seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara lain.

“Sesiapa hendak letak nama sendiri pun boleh seperti Anthony, John, Ali atau Mahathir atau pun Najib. Sesiapa yang hendak, boleh buat personalised number ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan menghentikan amalan membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan memandangkan hasil yang dikutip tidak disalurkan kepada kerajaan.

“Nombor pendaftaran paling tinggi yang pernah direkodkan adalah ‘Patriot 1’ yang dijual dengan harga RM1.3 juta, bagaimanapun sayangnya ia ditawarkan oleh sebuah NGO dan hasil jualan tidak masuk kepada dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata bagi nombor pendaftaran yang telah diluluskan kepada NGO dan masih dibuka untuk bidaan ketika ini, ia tidak boleh dibatalkan sebaliknya tarikh penjualan tidak akan disambung selepas tamat tempoh setahun yang diberikan kepada mereka.

Screen Shot 2018-06-05 at 12.56.00 PM

BERNAMA

Previous post

UMW Toyota Motor Sokong Usaha Kerajaan Malaysia Tangani Isu Beg Udara Takata

Next post

Anthony Loke Cadang Tubuh Jawatankuasa Pantau Laporan Kemalangan Bas Ekspres

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *