Jualan Volvo Cars’ Global Meningkat Sebanyak 13.3% Pada Bulan Mei
Momentum jualan Volvo Cars berterusan pada Mei dengan jualan global naik 13.3% berbanding dengan bulan yang sama tahun lalu, memandangkan pembuat kereta premium berkembang di semua pasaran utamanya. Dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2018, jualan meningkat sebanyak 13.6% berbanding tahun sebelumnya, kepada sejumlah 253,581 kereta. Jumlah jualan pada Mei mencapai 53,539 kereta dengan kereta SUV Volvo dan 90-siri sebagai pemacu pertumbuhan utama bulan itu. Amerika Syarikat meneruskan momentum yang baik pada bulan Mei, meningkat 50.6% kepada 9,338 kereta berbanding bulan yang sama tahun lalu, yang dipimpin oleh prestasi yang kuat dari line-up SUV Volvo.
Secara global, Volvo XC60 baru adalah model terlaris pada Mei dengan 16,171 kereta yang dijual (2017: 48), diikuti oleh Volvo XC90 dengan 7,979 kereta yang dijual (6,647). Volvo V40 / V40 Cross Country adalah ketiga dengan 5,844 kereta terjual (7,997).
May | January – May | |||||
2017 | 2018 | Change | 2017 | 2018 | Change | |
Europe | 24,982 | 25,395 | 1.7% | 125,793 | 131,267 | 4.4% |
China | 9,779 | 10,582 | 8.2% | 41,801 | 49,792 | 19.1% |
US | 6,202 | 9,338 | 50.6% | 26,799 | 37,754 | 40.9% |
Other | 6,284 | 8,224 | 30.9% | 28,897 | 34,768 | 20.3% |
TOTAL | 47,247 | 53,539 | 13.3% | 223,290 | 253,581 | 13.6% |
No Comment