Kereta Mewah Murah Gila …… Fake News?
Dua tiga hari ini kebelakangan ini kami dibanjiri video ini dari ramai rakan, keluarga dan dan mesej grup bertanya beberapa soalan yang sama?
- Adakah kereta ini benar-benar kepunyaan golong politik yang ‘kalah’ tu? JAWAPAN kami. “Adakah kami ada talian terus dengan database jabatan pengangkutan jalan untuk mengesahkan nama pemilik?”.
- Adakah harga jualan ini benar-benar murah dan patutkah kita membelinya? JAWAPAN kami. “Semak iklan dalam talian dan anda akan dapati bahawa kereta yang serupa dijual dengan harga yang sama atau mungkin lebih murah”.
- Bagaimanakah keadaan kereta-kereta ini? JAWAPAN kami. “Bagaimanalah kami tahu keadaannya sedangkan kami tidak menguji pandunya, melihat di bawah hud dan memeriksa dalamannya”.
Fikir-fikirkanlah tuan2 & puan2 …… ianya hanya video 1 minit lebih yang menunjukkan beberapa kereta dalam lot kereta dengan seorang yang sedang mengujarkan harga dan sangkaan keadaannya. Dan, patutkah pengikut politik dengan wang berbeg-beg memandu kereta mewah yang 10-15 tahun? Semua kereta dalam video ini sudah lama dan kebanyakannya tidak layak untuk pinjaman bank. Mereka hanya boleh dibeli tunai jika anda mahu.
No Comment