Mercedes-Benz Malaysia Mengumumkan Penurunan Harga
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan bahawa berkuatkuasa 1 Jun 2018, harga semua kereta premium Mercedes-Benz akan mengalami penurunan akibat daripada pengurangan CBP dari 6% hingga 0%.
“Kami meneruskan komitmen kami kepada Malaysia, menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kami yang mewah pada nilai terbaik kepada pelanggan dan peminat Mercedes-Benz. Pelanggan kami sentiasa berada di tengah-tengah aktiviti kami sambil berusaha untuk menyampaikan pengalaman pelanggan terbaik dalam semua yang kami lakukan, “kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Mark Raine.
No Comment