Minyak Pelincir Motosikal Castrol Activ Baharu Dilancarkan
BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan pelancaran minyak pelincir Castrol Activ baharu dengan rumusan yang dipertingkatkan untuk memberikan perlindungan berterusan ke atas enjin motosikal.
Castrol Activ baru diperkukuhkan dengan molekul Actibond yang dipertingkatkan yang melekap pada bahagian-bahagian enjin yang kritikal, memberikan 50% lebih perlindungan.
Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura berkata, “Keadaan menunggang pada zaman moden ini banyak memberikan tekanan kepada para penunggang serta motosikal mereka. Terdapat sekurang-kurangnya 10 juta kemungkinan di mana enjin motosikal boleh menjadi rosak sewaktu ditunggangi. Faktanya, motosikal memerlukan perlindungan berterusan bukan semasa menunggang sahaja, malah semasa enjin dihidupkan dan juga ketika enjin dimatikan.”
Formula terbaru Castrol Activ direka cipta untuk melindungi enjin di kesemua tiga peringkat:
- Semasa enjin dihidupkan – Kebanyakan haus enjin berlaku ketika enjin dipanaskan, iaitu sebaik ianya dihidupkan. Molekul Actibond yang dipertingkatkan dalam Castrol Activ mengurangkan kehausan enjin semasa pemanasan sebanyak 75%.
- Semasa menunggang – Castrol Activ baharu menghalang pembentukan karbon deposit serta memastikan kebersihan seluruh enjin, juga membantu kelancaran enjin serta mengurangkan kehausan omboh.
- Semasa enjin dimatikan – Dengan melekap pada bahagian-bahagian enjin walaupun enjin sudah dimatikan, Castrol Activ memberikan perlindungan terbaik daripada hakisan berpunca dari kelembapan.
Castrol Activ baru memenuhi spesifikasi API SL dan JASO MA2. Ia boleh didapati dalam botol 1 liter di Castrol Bike Point, bengkel motosikal dan peruncit di seluruh Malaysia dengan harga RM23.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM24.20 untuk Malaysia Timur.
No Comment