Ops Bersepadu Bersempena Aidil Fitri Bermula Hari Ini – 7 Jun
Anthony Loke, Menteri Kementerian Pengangkutan mengumumkan pelancaran Ops Bersepadu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu bermula 7 Jun bagi mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya.
Operasi ini membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah secara serentak di R&R Seremban arah selatan dan di semua pintu keluar dari Lembah Klang.
“Kami akan buat program advokasi di Sungai Buloh atau Rawang dan di pantai timur. Program ini juga kami akan laksanakan di beberapa kawasan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 25 Mei yang lalu.
No Comment