Pasukan Polis Jepun Terima Kereta Peronda Nissan GT-R
Mereka yang ingin melakukan jenayah di wilayah Tochigi di Jepun perlu fikir masak-masak kerana pasukan polis wilayah itu kini mempunyai sebuah kereta peronda Nissan GT-R.
Menurut akaun Twitter Nissan Motor, jentera tersebut disumbangkan oleh seorang penduduk tempatan. Ia bukanlah satu kebetulan bahawa kilang pengeluaran GT-R juga terletak di Tochigi dan menyambut ulangtahunnya yang ke-50 pada tahun ini.
This one-of-a-kind #Nissan GT-R was donated by a resident of Tochigi, Japan, to his local police force. pic.twitter.com/TX3MXSgKzS
— Nissan Motor (@NissanMotor) June 15, 2018
Jentera khas ini memakai warna rasmi kereta peronda polis Jepun iaitu hitam dan putih, serta dilengkapi dengan light bar serta siren. Ia dikuasakan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V6 yang menghasilkan 565 hp dan 632 Nm.
First day cruising the streets and plenty of attention for this #Nissan GT-R patrol car in Tochigi Prefecture, Japan. pic.twitter.com/2M1Rlvi820
— Nissan Motor (@NissanMotor) June 19, 2018
Menurut laporan, GT-R ini akan menyertai pasukan peronda lebuhraya dan akan digunakan untuk membanteras kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju dan mengekori kenderaan di depan terlalu rapat. Selain beraksi di jalan raya, ia juga akan digunakan untuk tujuan perhubungan awam dalam komuniti.
No Comment