Pelumba Wanita Arab Saudi Pandu Jaguar F-Type Sempena Pemansuhan Larangan Memandu
Pelumba wanita Arab Saudi, Aseel Al Hamad meraikan pengakhiran larangan memandu terhadap wanita dengan memandu sebuah Jaguar F-Type di sebuah litar di negara itu.
Aseel yang juga merupakan ahli lembaga wanita pertama Arab Saudi Motor Federation tidak pernah memandu di litar di negaranya sendiri sebelum ini.
Beliau menyertai Jaguar dalam usaha untuk mempromosikan 24 Jun sebagai Hari Memandu Sedunia (World Driving Day). Orang ramai boleh berkongsi detik-detik terindah mereka menggunakan #worlddrivingday.
Dengan mewujudkan Hari Memandu Sedunia, Jaguar mengajak menggesa orang ramai untuk mengingati hari bersejarah tersebut dan maknanya kepada wanita, Arab Saudi dan kemajuan dunia secara umum. Syarikat itu juga menjalinkan usahasama dengan lebih 40 universiti dan institusi akademik
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya dengan lebih daripada 40 universiti dan institusi akademik di seluruh dunia mengenai penyelesaian mobiliti masa depan, Jaguar juga akan bekerjasama dengan uiversiti-universiti di Arab Saudi untuk menyertai rangkaian global tersebut.
Bakal diumumkan tahun ini, kerjasama tersebut akan mengetengahkan bakat-bakat muda dari Arab Saudi untuk membentuk Jaguar ke arah masa depan ACES (Autonomous, Connected, Electrified and Shared).
No Comment