Berita Auto

Porsche 911 Yang Paling Laju. GT2 RS dengan 700hp. Bila Anda Kaya!

Nadi 911 GT2 RS baharu adalah enjin biturbo flat six 515kW (700 hp). Berat 1,470kg dengan tangki penuh, dua tempat duduk ringan berkebolehan pecut dari sifar hingga 100 km / j dalam 2.8 saat.

Coupé pacuan roda belakang mempunyai kelajuan tertinggi 340 km / j, dan dengan teknologi pemanduan  motorsportnya, 911 GT2 RS baharu melebihi pendahulunya sebanyak 59kW (80 hp) dan mencapai output tork 750 Nm (peningkatan 50 Nm).

911 GT2 RS ini menggunakan enjin 3.8 liter 911 Turbo S.

Untuk meningkatkan prestasi, pengecas turbo yang lebih besar mendorong peningkatan jumlah udara yang diproses ke dalam ruang pembakaran.

Sistem penyejukan baharu menyampaikan penyejukan optimum pada beban puncak dan, pada suhu yang sangat tinggi, semburan penyejuk udara sejuk dengan air.

Roda besar dan lebar (265/35 ZR 20 di bahagian depan dan 325/30 ZR 21 di belakang) memastikan brek yang luar biasa dan kuasa menikam. 911 GT2 RS menggunakan Porsche Seramic Composite Brakes (PCCB) sebagai standard.

Sayap depan, lubang-angin ruang roda, cengkerang luar pada cermin luaran Rekaan Sukan, intake udara pada bahagian sisi belakang dan bahagian hujung belakang dibuat daripada carbon-fibre reinforced plastic(CFR), seperti kebanyakkan komponen dalamannya.

Bonet juga dibuat dari karbon untuk menjadikan 911 GT2 RS seringan-ringannya, sementara bumbung trim standard dibuat dari magnesium.

Harganya? Sila tatal ke bawah.

 

 

Harga asas runcit untuk 911 GT2 RS baru bermula dari RM2,900,000, termasuk jaminan selama empat tahun. Harga yang dinyatakan termasuk semua duti yang dikenakan, kecuali yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

 

Previous post

VIDEO: Porsche 919 Hybrid Evo Jentera Terpantas di Nurburgring

Next post

Penjelasan Man-Machine Interface (MMI) Terbaharu Audi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *