Berita Auto

Program MazdaSports Academy Dapat Sambutan Hangat

Program pengalaman pemilikan yang pertama anjuran MazdaSports Academy iaitu Advance Driving menerima sambutan hangat dengan bilangan peserta mencecah 40 orang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bukan itu sahaja, program yang dijadualkan berlangsung hanya pada 9 Jun itu terpaksa disambung pada hari berikutnya iaitu 10 Jun disebabkan maklum balas yang positif dari pemilik-pemilik kenderaan Mazda.

MazdaSports Academy Advance Driving (7)

Menurut Bermaz, kebanyakan peserta berasal dari Lembah Klang namun ada juga yang datang sejauh dari Melaka, Johor dan Terengganu semata-mata untuk merasai pengalaman ‘Jinba Ittai’ iaitu penyatuan pemandu dengan kereta.

MazdaSports Academy Advance Driving (12)

Selepas sehari mengikuti kursus praktikal dinamik pemanduan, para pemilik turut menyertai cabaran masa (Time Trial Challenge) yang menguji kemahiran memandu masing-masing. Setiap peserta yang berjaya menghabiskan kursus diberi sijil pencapaian.

MazdaSports Academy Advance Driving (2)

Divisyen MazdaSports akan mengadakan lebih banyak program Advance Driving untuk model-model spesifik atau mengikut kategori berdasarkan enjin dan dimensi kenderaan. Juga dalam perancangan adalah program-program yang dirangka khusus untuk rangkaian model SUV Mazda serta model roadster iaitu MX-5.

MazdaSports Academy Advance Driving (6)

MazdaSports Academy Advance Driving (5)

MazdaSports Academy Advance Driving (9)

MazdaSports Academy Advance Driving (15)

 

Previous post

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

Next post

Periksalah Tayar Anda Sebelum Anda Masuk Longkang Macam Ni

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *