Sukan

Tiada Puncak Jadi Halangan

Kesesakan trafik. Pencemaran. Bunyi bising dan sesak. Kehidupan di bandar boleh menjadi sukar. Satu kajian menunjukkan bahawa penduduk di bandar berdepan 20 peratus risiko lebih tinggi mengalami masalah kemurungan dan 40 peratus gangguan mood berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk mengatasi tekanan itu, orang ramai biasanya mencari ketenangan daripada telefon pintar dan media sosial. Tetapi ia hanya memburukkan lagi keradaan kerana membuatkan kita kurang berhubung dengan orang lain dan dunia di sekeliling kita.

Ford Everest to Mt. Everest_1  Semakin ramai penduduk bandar menyedari bahawa menghabiskan lebih banyak masa dengan alam semula jadi boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental. Apabila anda merasakan tekanan hidup di bandar memberi kesan, kumpulkan ahli keluarga, putuskan hubungan dengan telefon bimbit dan pergilah ke kawasan pergunungan untuk bertenang dan nikmati faedah kesihatan yang sudah terbukti secara saintifiknya. Antaranya ialah tekanan darah lebih rendah, menambah baik tenaga dan mood, mengembalikan keupayaan tumpuan serta melegakan keletihan mental.

Ford Everest to Mt. Everest_2.JPGSama ada menuju ke kawasan hutan-hutan sub tropikal Australia yang sangat luas, lokasi pergunungan terpencil di Utara Thailand atau pemandangan indah air terjun di Laos, anda sememangnya memerlukan kenderaan yang betul untuk ke sana. Pertimbangkan Ford Everest, sebuah SUV sebenar yang memberikan anda kebebasan dan kemampuan untuk meninggalkan apa jua tekanan di bandar dan membawa anda pergi mana-masa sahaja.

Ford Everest to Mt. Everest_6.JPG

Sebaik sahaja memulakan perjalanan, anda boleh bertenang dan terpisah daripada dunia di sekeliling menerusi teknologi penghapusan bunyi dan material yang menyerap bunyi. Ucapkan selamat tinggal kepada tekanan di bandar yang semakin menjauh pada cermin pandang belakang, ketika anda berhubung dengan mereka yang tersayang di dalam kabin yang senyap dan bukannya di skrin telefon pintar.

Apabila bandar semakin jauh dan jalan menjadi kian mencabar, anda boleh menggunakan Terrain Management System pada Everest untuk mengubah suai talaan off-road. Sistem ini mempunyai empat talaan – Biasa, Salji / Kerikil / Rumput, Pasir dan Batu– sekali gus memberikan kenderaan ini keupayaan untuk meneroka permukaan jalan yang paling mencabar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada udara segar dan ketenangan yang ditawarkan oleh pemandangan gunung, berada dekat dengan alam sekitar juga memberi peluang untuk anda mencabar diri dan menetapkan satu had baru kepada diri sendiri. Sama ada anda mendaki, berkanu atau meredah jeram yang deras.

Ford Everest to Mt. Everest_3

Dengan ruang kargo berkapasiti sehingga 2,010 liter, Everest mempunyai ruang yang lebih daripada cukup untuk anda mengangkut semua peralatan yang diperlukan sepanjang hujung minggu. Adalah lebih baik jika aktiviti-aktiviti tersebut dapat dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, ini kerana mengatasi cabaran bersama akan membantu anda menjalin hubungan yang lebih erat.

Jika anda mahukan pengembaraan yang sedikit perlahan, maka ambil kesempatan atas keupayaan Everest mengharung air sehingga 800mm dan jarak kelegaan tanah mencecah 225mm ketika menuju ke lokasi memancing. Duduk sahaja di ruang kargo belakang dengan kaki mencecah air.

Selepas menikmati hujung minggu yang jauh dari bandar dan kehidupan digital, anda akan kembali segar bertenaga untuk menghadapi cabaran baru dalam minggu seterusnya. Ketika anda mungkin belum bersedia untuk kembali mengharung kesesakan kota, dapatkan ketenangan itu dengan Everest anda, pengembaraan seterusnya hanya memerlukan satu hujung minggu sahaja.

Ford Everest to Mt. Everest_4.JPG

 

Previous post

Honda Civic Type R Mengganas di Spa-Francorchamps

Next post

Bentley Bentayga Sasar Rekod SUV Terpantas di Pikes Peak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *