VIDEO: Porsche 919 Hybrid Evo Jentera Terpantas di Nurburgring
919 Hybrid Evo pastinya salah satu jentera paling cemerlang pernah dihasilkan oleh Porsche. Setelah memenangi perlumbaan Le Mans 24 Jam dan Kejohanan Endurance Dunia (WEC) untuk tiga tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2017, ia kembali mencuri tumpuan dunia apabila berjaya memecahkan rekod keseluruhan litar Nurburgring yang tidak terusik selama 35 tahun.
Dipandu oleh Timo Bernhard, 919 Hybrid Evo melengkapkan satu pusingan lengkap litar sepanjang 20.8 km itu dalam masa 5 minit 19.55 saat, mengalahkan rekod sebelum ini iaitu 6 minit 11.13 saat yang dicatat oleh mendiang Stefan Ballof yang memandu Porsche 956 C.
Saksikan video on-board 919 Hybrid Evo di Nurburgring di bawah:
No Comment