Volkswagen Golf R 3-Pintu Dibuka Untuk Tempahan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah membuka tempahan untuk model yang dinanti-nantikan iaitu Volkswagen Golf R tiga-pintu. Mereka yang berminat harus segera membuat tempahan kerana ia ditawarkan hanya dalam 10 unit dengan harga bermula dari RM268,888, RM10,000 lebih murah berbanding Golf R lima-pintu.
Hot hatch ini menggunakan rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin 2.0-liter TSI, kotak gear DSG tujuh kelajuan serta pacuan semua roda 4Motion. Kuasa yang dihasilkan adalah 290 PS dan 380 Nm antara 2,000 hingga 5,4000 rpm.
Kelengkapan standard Golf R tiga-pintu merangkumi lampu LED dengan Dynamic Cornering Light, lampu belakang LED, rim Pretoria bersaiz 19 inci, upholsteri kulit Vienna, skrin Discover Pro 9.2 inci, paparan info aktif 12.3 inci serta stereng progresif. Bagi pasaran Malaysia, hanya satu warna ditawarkan iaitu Lapiz Blue.
Bagaimanapun, versi ini tidak didatangkan dengan sistem kunci KESSY, butang penghidup enjin, fungsi memori bagi cermin sisi dan tempat duduk pemandu boleh laras.
Tempahan bagi model istimewa ini boleh dibuat di bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.
No Comment