Berita Auto

Volkswagen Kemaskini Panduan Penentuan Harga Servis

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan Panduan Penentuan Harga Servis yang dikemaskini bagi kenderaan Volkswagen, sejajar dengan pelaksanaan GST sifar peratus oleh kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Panduan tersebut yang boleh didapati di laman web Volkswagen bertujuan untuk membantu pemilik memahami kos penyelenggaraan kereta mereka sekaligus memastikan kenderaan mereka berjalan dengan lancar.

VPCM terus berusaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dan sebahagian daripada inisiatif ini adalah pengenalan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun pada awal tahun 2018, sebagai tambahan kepada jaminan pengeluar selama 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun yang ditawarkan pada semua model Volkswagen.

Untuk senarai lengkap panduan penentuan harga servis, layari https://www.volkswagen.com.my/my-vw/service-maintenance-schedule.

Previous post

Tawaran Raya Terhebat Proton Saga

Next post

Tawaran Hebat 0% GST Nissan Sempena Sambutan Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *