Sukan

Afif Intai Podium di India

Penamat di tempat keempat pada pusingan ketiga di Suzuka, Jepun, Jun lepas memberi pengalaman berharga dan pembakar semangat untuk Ahmad Afif Amran menghadapi perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 3 hingga 5 Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelumba CKJ Yamaha Racing Team itu menyatakan prestasinya pada musim 2018 ini semakin meningkat dan penamat di kelompok lima pelumba terbaik di Jepun menunjukkan pelumba Malaysia juga mampu untuk memberikan cabaran di dalam kategori 250cc yang sentiasa didominasi oleh pelumba Thailand dan Indonesia.

“Kekurangan utama kami adalah dari segi kepantasan jentera yang sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan pelumba Indonesia dan Thailand. Namun ia bukan alasan kerana faktor pelumba dan strategi perlumbaan itu sendiri paling banyak memainkan peranan dan adakalanya dibantu dengan nasib yang baik,” jelas Afif yang kini menghuni tangga ke-10 keseluruhan dengan 39 mata.

Tambahnya, “Seluruh pasukan sentiasa bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada pelumba. Sebagai pelumba, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik pada minggu ini. Selain itu, dua kemenangan dalam saingan Cub Prix juga turut membakar semangat saya dan seluruh pasukan untuk kami mencari podium di ARRC.”

Previous post

Kereta Anda Rosak Ketika Di Tempat Cuci Kereta: SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?

Next post

Saga Capai 3.51L/100KM Dalam Proton 1-Tank Adventure Pusingan Pantai Timur

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *