Sukan

Afif Raih Kemenangan Dramatik di MAEPS

Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cukup bertenaga dan cukup dramatik sebelum berjaya menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang berakhir di Litar MAEPS, Serdang, Selangor, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ yang bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera di selekoh terakhir dan bersaing sengit sehingga ke garisan penamat berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’52.716s, hanya berkelebihan 0.028s berbanding Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor).

Akid yang menguasai hampir keseluruhan perlumbaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa 15’52.744s manakala rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di kedudukan ketiga dengan 15’55.635s.

CP150, Akid (13) Kasma (27) dan Afif (50) bersaing sengit

 

Kasma berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 41 mata manakala rakan sepasukan Afif, Mohd Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 29 mata.

Sementara itu, gelaran CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’22.820s diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dan Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga.

CP115 Tengku Amirul

Dua kemenangan berturut-turut meletakkan Tengku Amirul kekal di tangga teratas dengan 50 mata manakala Afeez dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berkongsi kedudukan dengan 33 mata.

Dalam saingan WIRA KBS, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) meraih kemenangan kedua beruturt-turut sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.

WIRA KBS Podium

Danial menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’08.335s menewaskan Md Alif Ashraf Tahirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha) dengan kelebihan 7.001s manakala Md Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di kedudukan ketiga.

Alif Ashraf berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 36 mata manakala Fadlyshah di kedudukan ketiga dengan 29 mata.

Previous post

Hi-Rev Perkenal Pasukan Lumba Bagi 2018 - CSK, Jobaru Piaww dan Dream Chaser

Next post

Volvo Buka Pusat 3S di Batu Pahat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *